Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 20 August 2016

Izinkan aku untuk mencintaimu 6




DATIN Maria mendekati Zarief yang sedang termenung jauh di tepi kolam sambil menatang dulang berisi minuman dan bubur jagung kegemaran anak tunggalnya itu. Dulang di letak atas meja berdekatan tempat duduk Zarief.
Rief, are you okay?”  Tangan Datin Maria  singgah di bahu Zarief membuatkan Zarief terus menoleh terkejut.
Mummy!” Zarief tayang senyum.
Anything wrong, hmmm?” Datin Maria mengambil tempat duduk di sebelah Zarief. Matanya terus memaku wajah anak kesayangannya itu.
Nothing!” Zarief menarik nafas perlahan.
“Serius ni.”
Datin Maria mengukir senyum membuatkan Zarief kembali memandang kolam yang ada di hadapan.
Biasanya waktu petang begini Zarief akan menghabiskan masa dengan berenang tapi sejak kebelakangan ini dia sudah tak ada mood untuk buat aktiviti itu.
“Rief fikirkan apa sebenarnya ni.  Sejak sebulan dua ni mummy nampak Rief banyak termenung. Kalau Rief ada masalah, Rief boleh aje kongsi dengan mummy!” Datin Maria menyentuh lembut lengan Zarief, kemudian lengan itu di usap lembut.
“Masalah dengan kerja aje, mummy jangan risau. Rief boleh handle!” Zarief memberi alasan.
“Sejak Rief balik bercuti kat banglo kita tepi pantai tu, Rief banyak berubah. Banyak termenung. Ada apa-apa yang berlaku kat sanake?” Datin Maria merenung wajah Zarief.
Zarief hanya mengeleng kepala perlahan.
“Rief tahu tak Salbiah yang jaga banglo kita tu dah pindah. Dia dah tak tinggal kat situ lagi!”
Berita yang disampai oleh Datin Maria itu membuatkan mata coklat Zarief terus tertumpu pada wajah mummynya.
“Betulke dia dah pindah. Pindah mana?”
Zarief benar-benar terkejut. Sudah hampir tiga bulan peristiwa itu berlaku dan selama itu juga dia cuba melupakan hal itu walaupun sesekali dia terfikirkannya. Tapi mengenangkan nekadnya untuk tidak ke sana dan mengingatkan betapa bencinya Eisya pada dia, dia tahankan diri untuk mengunjungi tempat itu. Tapi takkanlah Eisya begitu nekad membencinya sehingga sanggup berpindah.
I don`t know. Mummy pun baru tahu semalam hal ni.” Datin Maria mengeluh perlahan.
“Er, mummy tak cuba tanya Mak Biah tu pindah kat mana?” Berdebar-debar dada Zarief di buatnya.
”Tak ada.”
“Kenapa mummy tak tanya!”
 Zarief menjadi kalut dan resah membuatkan mata mummynya terus tertumpu ke wajahnya. Memandang pelik reaksi Zarief sebaik sahaja mendapat tahu hal tu.
“Kenapa ni? Rief nampak kalut aje bila dapat tahu hal ni!”
Zarief segera menggaru-garu kepalanya sambil tersengih.
“Tak adalah, cuma Rief dah lama tak pergi sana. Tak jumpa dengan Mak Biah.” Zarief cuba memberi alasan.
Mummy dah minta Rahim carikan orang lain untuk gantikan Salbiah. Tak elok juga kalau di biarkan banglo tu kosong lama-lama tak ada orang yang jaga. Jadi mummy ingat hujung minggu ni mummy nak pergi sana dengan daddy. Rief nak ikut!”
“Boleh juga!”
Cepat saja Zarief bersetuju. Bukan apa, dia nak cari tahu kesahihan berita itu. Kalau betullah Mak Biah berpindah, dia pindah ke mana? Macam mana dengan Eisya?
“Petang tadi mummy jumpa Rania, dia kirim salam.”
“Waalaikumussalam. Bila dia balik sini. Tak bagitahu Rief pun.”
Datin Maria mengukir senyum. Dia tahu betapa rapatnya hubungan Zarief dengan Tengku Rania, adik Tengku Johan a.k. a TJ yang merangkap sepupunya itu.
“Pagi semalam.” Datin Maria merenung wajah anak bujangnya.
Senyuman manis terukir di bibir Zarief.
“Apa kata kita ajak dia ikut sekali!” Cadangan Datin Maria membuat mata Zarief terus terpaku ke wajah mummynya.
What do you think?”
“Terpulang pada mummy. Cuma Rief takut TJ yang tak benarkan kita bawa Rania bersama!”
Datin Maria mengeluh perlahan. Bukan dia tak tahu perangai TJ. Mana pernah benarkan Tengku Rania rapat dengan Zarief. Tapi yang peliknya, Tengku Rania tu lebih mesra dengan Zarief dari Tengku Johan sendiri.
“Tak apalah, nanti mummy tanyakan Rania sendiri. Kalau dia nak ikut kita bawa, kalau dia tak nak, kita tak boleh nak buat apa.”
“Dahlah, tak payah nak fikir lagi. Makan bubur ni, nanti sejuk tak sedap!” Datin Maria berlalu pergi meninggalkan Zarief yang kembali termenung.
“Eisya!! Kat mana awak sekarang.”
Nama itu kembali meniti di bibir Zarief. Sudah lama dia pendamkan perasaan dari mengingati wajah itu.


ZARIEF menyandar di kerusi sebaik sahaja selesai mengetuai mesyuarat. Baru sahaja matanya nak di lelap, dia dikejutnya dengan deringan telefon.
Daddy,  ada apa daddy?” Zarief terus menerjah.
“Rief, daddy nak Rief datang ke hospital sekarang.” Suara Datuk Tengku Ramzani membuatkan duduk Zarief terus menegak.
“Hospital, kenapa daddy?” Hati Zarief mula tak keruan.
“Nenda, nenda dah tenat kat hospital. Kita semua kena ada kat sini! Mummy baru aje sampai,”
“Baik, daddy. Rief pergi sana sekarang.”
“Yalah. Nanti kita jumpa!” Talian di matikan.
Selepas memberitahu setiausahanya, Zarief terus berkejar ke hospital.
Daddy, mummy macam mana dengan nenda?” Zarief mendapatkan Datuk Tengku Ramzani dan Datin Maria.
“Kita masih menunggu pemeriksaan doktor.” Ujar Datuk Tengku Ramzani sambil memaut bahu Zarief.
Zarief mula sebak. Matanya sudah berkaca. Tak dapat nak dibayangkan yang dia akan kehilangan nenda yang di sayang iaitu Tan Sri Tengku Zainal Abidin,  pengasas TZA Holdings yang merupakan syarikat perhotelan yang terkenal. Selain dari perhotelan, TZA juga terlibat dalam  bidang hartanah dan perkapalan.
Zarief meraup mukanya selepas mendapat tempat duduk di kerusi. Zarief satu-satunya orang yang paling rapat dengan nenda selepas nenda Tengku Badariah meninggal lima tahun lalu. Keakraban itu menyebabkan rasa ketidak puasan di hati Tengku Johan atau lebih dikenali dengan nama TJ.
“Uncle, macam mana dengan nenda?” TJ yang baru sampai segera mendekati Datuk Tengku Ramzani.
“Kami masih menunggu keputusan doctor.”
TJ menarik nafas seketika sebelum mengalih pandang ke arah ayahandanya, Datuk Tengku Rashidi dan Datin Ruhani. Tengku Rania yang baru sampai segera merapati Zarief.
“Abang Rief,” Tengku Rania menyalami tangan Zarief.
TJ yang memandang tindakan adiknya segera melemparkan jelingan. Sejak dari dulu lagi dia memang tak suka Zarief rapat dengan adiknya. Pengaruh dan hasutan dari papanya membuatkan TJ tidak pernah menyenangi kewujudan Zarief. Tambahan pula Zarief memang menjadi cucu kesayangan nenda sejak dari dulu lagi.
Kemunculan doctor dari bilik pemeriksaan membuatkan semua tertumpa padanya.
“Macam mana dengan ayahanda kami?” Datuk Tengku Ramzani tak sabar nak tahu tentang keadaan Tan Sri Tengku Zainal Abidin yang ternyata sudah lama tidak sihat.
“Kami dah cuba sedaya upaya tapi Allah lebih sayangkannya, bersabar ya Datuk,” Ujar doktor itu membuatkan semua orang terdiam.
“Apa? Nenda dah  tak ada!”
 Rania kemudiannya menangis teresak-esak sambil memeluk mamanya.
Zarief terus terduduk di kerusi.
“Nenda!”
Air mata mula mengalir di kelopak mata Zarief.
“Sabar ya, Rief. Kita doakan yang terbaik untuk nenda semoga rohnya di cucuri rahmat!” Datuk Tengku Ramzani mengusap bahu Zarief yang sedang mengawal tangis.
Hanya TJ dan Datuk Tengku  Rashidi yang nampak tenang. Mereka saling memandang antara satu sama lain.



MENGENANGKAN arwah nenda, air mata Zarief pasti akan mengalir keluar tak kira masa. Memang sejak dari kecil dia begitu manja dengan kedua nendanya. Berbeza sekali dengan TJ. TJ memang tak suka rapat dengan nenda dari kecil sampai sekarang.
“Rief, bila dah besar nanti, jadilah anak yang boleh membanggakan kedua ibu bapa. Jadilah manusia yang berguna, yang disayangi semua orang.” Itu antara nasihat yang sentiasa Zarief ingat.
“Nenda, Rief gagal membuatkan semua orang sayangi Rief. Kenapa begitu cepat nenda pergi tinggalkan Rief. Rief sayangkan nenda.”
Wajah almarhum Tan Sri Tengku Zainal Abidin yang sedang mengukir senyum di potret menjadi tatapan Zarief.
“Rief, aku nak ucapkan takziah atas pemergian nenda kau. Aku tahu betapa kau sayangkan dia. Aku pun turut rasa kehilangan dia kerana aku pernah kenal dia, aku juga pernah bermanja dengan dia!” Ujar Tajul sebaik sahaja muncul selepas jenazah nenda di semadikan.
“Rief, jom temankan mummy makan. Dah banyak hari mummy tengok Rief tak berselera nak makan.” Pujuk Datin Maria menghampiri Zarief yang sedang termenung di balkoni dengan tangannya memegang gambar arwah datuknya.
Mummy makanlah dulu. Rief tak selera nak makan.” Zarief memberi alasan.
“Sayang, don`t give up. Arwah nenda pasti tak suka tengok Rief macam ni. Lemah dan pasrah.”
“Rief tak ada mood nak buat apa pun. Selama ini hanya nenda yang selalu memberi sokongan untuk Rief!” Adu Zarief menahan sebak.
Datin Maria mengeluh perlahan melihat betapa susutnya tubuh anak bujangnya sejak sehari dua ni. Malah, sudah seminggu dia tak ke pejabat sejak ketiadaan datuknya. Dia bimbang kalau keadaan terus berterusan begini, pasti Zarief akan susah nanti kerana TJ pasti akan mengambil alih tempat Zarief kerana lelaki itu selalu berusaha untuk menyingkirkan Zarief dari tempatnya. Datuk Tengku Rashidi pula sentiasa menjadi saingan suaminya dalam merebut jawapan CEO.
 Memang selama ini Zarief sentiasa mendapat sokongan nendanya dalam apa jua keputusan kerana dalam TZA, hanya Tan Sri Tengku Zainal Abidin yang berhak bersuara dan membuat keputusan walaupun sekarang ni Datuk Tengku Ramzani yang dilantik sebagai pemangku CEO.
“Apa kata Rief kawin,”
Tiba-tiba meletus cadangan itu dari mulut Datin Maria.
“Kawin?”
“Ya, kawin. Mummy rasa inilah masa yang sesuai untuk Rief  fikir soal kawin.” Datin Maria memandang wajah anak bujangnya yang kini sudah berusia 25 tahun.
Zarief menggaru kepala yang tidak gatal.
“Rief tak ada calon, mummy. Macam mana nak kawin!” Zarief tergelak kecil.
“Apa kata mummy carikan calon isteri untuk Rief, okey tak?” Bibir Datin Maria mula mengorak senyum.
“Tak payahlah mummy,” Zarief menolak.
“Rief, takkanlah Rief nak mengalah dengan TJ. Mummy rasa mesti dia sekarang ni dah ada calon isteri.” Setahunya TJ tu seorang playboy, tak mustahillah dia punya ramai kenalan.
“Rief tak kesah mummy kalau dia kawin dulu. Lagi pun dia tu lebih tua dari Rief!”
 Jarak umur Zarief dengan TJ hanya dua tahun tapi hubungan mereka tidak rapat. Masing-masing ada ego sendiri.
“Baiklah. Kalau itu dah kehendak Rief, mummy tak paksa. Tapi mummy harap sangat Rief tak akan terus sedih dan muram macam ni lagi. Rief kena teruskan hidup. Yang penting Rief kena bagi mummy dan daddy cucu yang ramai supaya rumah ni jadi meriah!”
Zarief tergelak kecil.
Mummy, mummy. Alih-alih soal kawin juga yang mummy fikirkan.” Zarief memeluk bahu mummynya.
“Hanya Rief satu-satunya anak mummy. Kalaulah mummy punya anak yang ramai...”
Wajah Datin Maria murung tiba-tiba. Kalaulah dia tidak kerana masalah kesukaran untuk mengandung, pasti dia mahukan anak lagi. Tapi doktor telah mengesahkan yang dia tidak boleh mengandung lagi setelah mengalami keguguran beberapa kali selepas kelahiran Zarief.
Mummy, sampai masanya nanti Rief akan kawin dan berkeluarga tapi buat masa sekarang, mummy sabar ya. Pintu hati Rief belum bersedia lagi untuk pikul tanggungjawab tu.” Pujuk Zarief sambil mencium pipi Datin Maria.
“Ya. Mummy faham. Mummy bukan nakkan harta. Mummy cuma nakkan kebahagiaan. Harta tak menjamin kebahagiaan,” Ujar Datin Maria yang turut dipersetujui oleh Zarief.


TJ menghempas kasar punggung di kerusi. Hatinya masih lagi sakit mengenangkan wasiat nenda yang di baca oleh peguam minggu lepas.
“TJ, papa tak nak TJ kalah di tangan Zarief. Kali ini TJ mesti menang. Dan papa harap papa mampu mengalih alih jawatan CEO dari Tengku Ramzani.”
Datuk Tengku Rashidi mula menyimbah api ke dada anaknya membuatkan wajah TJ makin merah. Rahangnya bergerak-gerak. Tangannya pula di kepal kemas.
“Betul papa. Kali ini TJ memang tak nak kalah di tangan Zarief lagi. Selama ini semua keistimewaan jadi milik dia sedangkan TJ yang lebih berhak sebab TJ ni cucu sulung almarhum nenda.” Giginya di ketap rapat menandakan hatinya benar-benar rasa tak seimbang.
Datuk Tengku Rashidi mengangguk perlahan. Bibirnya mula mengorak senyum.
“Hmm...papa bangga dengan semangat TJ. Kita akan bergabung tenaga untuk memiliki TZA Holdings nanti.”
TJ mengukir senyum.
“TJ ingat apa yang nenda perlukan sebagai bukti untuk buat TJ bisa menerajui TZA Holdings suatu hari nanti!” Datuk Tengku Rashidi menepuk bahu TJ membuatkan senyuman TJ semakin lebar.
“Ya, dan TJ akan bertindak segera untuk tunaikan wasiat nenda tu.” Ujar TJ penuh semangat.
 “Sebenarnya banyak cara yang boleh kita gunakan. Yang penting kita kena cepat bertindak. Ingat TJ, lima tahun adalah tempoh yang cukup lama untuk kita merancang. Kalau TJ berjaya, TZA Holdings akan jadi milik kita nanti!” Ulang Datuk Tengku Rashidi lagi. Nampaknya dia memang dah lama bercita-cita nak menerajui TZA Holdings itu.
“Betul tu. Lima Tahun, lama tu. Macam-macam kita boleh buat. Sebelum kita buat apa-apa tindakan, apa kata malam ni kita celebrate. Nanti kawan TJ akan perkenalkan `barang baik` untuk kita nanti.”
I like it. You are the best!
Datuk Tengku Rashidi menepuk bahu TJ. Sudah terbayang sesuatu yang indah bakal dia nikmati malam nanti.
Bibir TJ sudah mengorak senyum, begitu juga dengan Datuk Tengku Rashidi.
“Papa harap apa yang bakal kita buat nanti tak akan sampai ke pengetahuan mama TJ, kalau tak, masak papa!” Datuk Tengku Rashidi gelak perlahan.
Sebenarnya sudah lama dia bersikap curang dengan isterinya dengan menikmati hiburan di luar. Sekarang ni dia berkomplot dengan anaknya sendiri. Bak kata pepatah, mana  tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Monday, 18 July 2016

Izinkan aku untuk mencintaimu 5




SELEPAS bersiap, Eisya melabuhkan punggungnya semula di atas katil sambil meletakkan tangannya di dahi. Sejak kebelakangan ini dia rasa tubuhnya lemah dan tidak bermaya. Nak makan pun tak selera. Tekak pula terasa loya tapi cuba di kawal agar tidak ketara pada pandangan kawan-kawan.
“Eisya, kau okey tak ni?” Hanis memegang bahu Eisya.
“Okey, aku okey je!” Eisya memicit kepala yang terasa sedikit pening.
“Betul ke ni kau okey tapi aku tengok muka kau pucat aje sejak akhir-akhir ni. Kau sakit atau kau ada masalah ni!” Hanis melabuh punggung di sisi Eisya. Dia risau kalau apa-apa menimpa sahabat baiknya itu.
Eisya memandang wajah Hanis. Senyuman hambar di lemparkan buat gadis berkaca mata itu.
“Kau dah siapkan, jom kita pergi!”
 Eisya bangkit dari katil semata-mata mahu mengelak dari terus di soal siasat oleh Hanis. Dia bimbang andainya rahsia yang di simpan terbongkar nanti. Dia juga yang akan menanggung malu.
Melihat Eisya menonong keluar dari bilik hostel, Hanis terpaksa akur.
Mereka berdua pergi ke kuliah dengan menaiki motor milik Hanis.
“Eisya!”
Eisya segera menoleh sebaik sahaja dia nak masuk ke bilik kuliah.
“Ziddan, awak buat apa kat sini?”
Wajah pemuda berkaca mata itu di pandang Eisya dengan dahi berkerut.
“Buat apa lagi, saya tunggu awaklah!” Ziddan gelak kecil.
Eisya melirik ke arah Hanis yang dah mula senyum-senyum sebelum meminta diri untuk beredar.
“Awak tak ada kuliahke pagi ni?” Mata hitam Eisya tepat memandang wajah Ziddan yang sedang membetulkan beg sandangnya.
“Pagi ni tak ada. Prof terpaksa batalkan kerana ada hal.”
Ziddan mengukir senyum.
“Oh, kalau macam tu saya masuk dulu.”Eisya sudah bersedia untuk masuk ke dewan kuliah.
“Eisya, tunggulah kejap!”
Ziddan memegang tangan Eisya membuatkan langkah Eisya terhenti.
“Ada apa lagi ni? Saya dah lewat ni!”
 Eisya melirik jam tangannya. Risau sangat kalau pensyarah dah masuk dewan kuliah. Dahlah Prof. Idris tu serius dan tegas orangnya. Tak nak dia di maki hamun nanti kalau terlewat masuk kelas.
“Awak okey tak ni? Muka awak pucat aje. Awak sakit ya!” Ziddan cukup prihatin.
“Saya okey dan saya sihat. Awak jangan bimbang ya!” Cepat-cepat Eisya memberi jawapan.
Ziddan menarik nafas seketika.
“Eisya!”
“Nanti kita jumpa lepas kelas. Saya kena masuk ni!” Tergesa-gesa Eisya nak beredar.
“Okey, nanti kita jumpa lepas awak habis kelas. Saya akan tunggu awak kat sini ya!” Ziddan memandang jam tangannya. Mula mengira masa.
“Terserah. Saya masuk dulu!” Tanpa menunggu sebarang kata, Eisya terus meninggalkan pemuda itu dan masuk ke dewan kuliah.
“Weh, buah hati kau cakap apa tadi?”
 Hanis terus menyiku lengan Eisya sebaik sahaja Eisya melabuhkan punggung di sebelahnya.
“Buah hati apa pulak ni, dia tu cuma kawan ajelah!” Eisya berbisik perlahan. Risau kalau perbualan mereka mengganggu pelajar lain. Tambahan pula pensyarah sudah mula memberi kuliah.
“Eleh, kawan konon. Malu nak mengaku ya. Semua orang dah tahulah yang kau dengan Ziddan tu sebenarnya couple!” Hanis berbisik perlahan.
Eisya memandang tajam wajah Hanis. Bibirnya di ketap rapat.
“Eh, kau jangan nak main tuduh pulak ya. Bila masa aku iktiraf si Ziddan tu jadi buah hati aku. Dan lagi satu…” Eisya mendengus kasar.
“Apa dia?”
“Aku tahu kau sengaja nak buat cerita kononnya semua orang tahu aku dan Ziddan tu couple.” Eisya menjengkilkan mata.
Hanis gelak kecil. Bimbang juga kalau perbualan mereka menarik perhatian kawan-kawan, lebih-lebih lagi pensyarah yang ada di hadapan.
“Hey, Ziddan tu kacak apa. Cuma dia nampak nerd sikit sebab dia pakai cermin mata. Baju pun skema. Naik pula motor cabuk.”
Hanis mengangkat kening beberapa kali.
“Kamu berdua, sampai bila nak borak dan bisik-bisik. Kamu berdua dengar tak apa yang saya cakap kat depan ni?”
Ha, kan tak pasal-pasal kena `sound`!
Eisya dan Hanis saling berpandangan. Muka mereka dah bertukar warna. Malu betul bila di tegur pensyarah.
“Maaf, Prof. Kami tak borak lagi!” Hanis cepat-cepat memohon maaf.
Mereka berdua mula memberi tumpuan pada apa yang di terangkan oleh pensyarah di hadapan.
“Eisya, kau ada date dengan Ziddan ke?”
Hanis terus pamer senyum sebaik sahaja matanya melihat ke arah Ziddah yang sedang duduk di atas motornya di bawah pokok.
“Tak adalah,”
Eisya menggaru-garu pipinya.
“Macam tak percaya aje. Cuba kau fikir, betapa setianya dia tunggu kau sejak kau mula jejak kaki kat sini lagi. Walaupun dia nampak nerd tapi dia tu ramai peminat juga tau. Dahlah dia tu kategori student law yang genius, tiap-tiap semester dapat kepujian Dekan. Kau ni kira bertuah sebab kau yang dia pilih tapi kau ni jual mahal pulak!” Hanis mengeleng kepala.
“Kau ni sejak dari dulu lagi asyik gelarkan dia mamat nerd aje.”
“Yalah, dia tu skema. Kau tak suka ya mamat skema.” Hanis melirik ke arah Eisya sambil menaikkkan keningnya.
Eisya hanya diam. Malas nak melayan mulut becok Hanis tu.
“Atau kau suka lelaki macam Daniel ya, seorang playboy yang segak bergaya dengan kereta mewah tapi otak kosong. Harapkan harta mak bapak aje.” Hanis mula gelak.
“Dahlah, tak kuasa nak layan.” Eisya mendengus perlahan.
“Tapikan sebenarnya aku rasa kau dengan Ziddan tu yang sepadan. Sama-sama specky, cuma bezanya kau ni mulut becok. Macam murai tercabut ekor.” Eisya terus berlalu meninggalkan Hanis yang sudah bengang.
“Eisya!”
 Hanis mengetap bibir. Mana boleh dia di samakan dengan mamat tu. Diakan dah ada Asyraf, itu cinta hati dia. Mana boleh senang-senang beralih arah walaupun buah hatinya itu jenis pemuda yang biasa-biasa aje tapi dia tetap cintakan pemuda itu sejak sekolah menengah lagi.  Sekarang ni dia dah boleh jumpa Asyraf selalu sebab buah hatinya sekarang belajar di luar negara.
“Dah lama awak tunggu?” Eisya terus menyapa sebaik sahaja dia berhenti di hadapan Ziddan.
“Tak ada. Saya baru aje sampai. Tadi saya pergi library sementara tunggu awak habis kuliah.” Mata Ziddan tepat memandang wajah resah Eisya itu.
“Kita pergi makan kat café ya, saya lapar ni. Tadi tak sempat nak sarapan!” Ziddan menggosok-gosok perutnya.
“Saya pun lapar tapi…” Eisya menggaru dahinya.
“Saya faham. Awak bonceng aje dengan Hanis. Saya tahu awak segan nak naik motor buruk sayakan!” Ziddan ukir senyum.
“Bukan macam tu, saya cuma…” Bagi Eisya, bukan dia segan nak naik motor Ziddan. dia segan nak membonceng bersama Ziddan.
“Tak apalah, saya gurau aje.”
Ziddan merenung wajah pucat Eisya.
“Kalau asyik nak borak kat sini, bila boleh makan!” Hanis menyampuk. Sebenarnya dia pun lapar juga.


“EISYA, awak sakit ke?”
Ziddan merenung lagi wajah Eisya. Memang nampak ketara sangat wajahnya pucat.
Hanis turut memandang wajah Eisya yang sedang menguis-nguis nasi goreng.
“Apalah awak ni,  dari tadi asyik tanya benda yang sama. Awak dan Hanis macam berpakat ya.”
Eisya pura-pura gelak.
“Kami khuatirkan kau Eisya. Kalau kau sakit, apa salahnya kau mengaku.” Hanis mula geram.
Eisya menolak pinggan nasi. Teh o yang masih berbaki di teguk perlahan.
“Hanis, Ziddan…korang tak payah risau. Saya tak apa-apa. Cuma mungkin saya penat dan tak cukup rehat aje. Kelas pun baru je nak mula, jadi banyak benda yang nak kena settle. Sehari dua lagi saya okey.”
 Eisya cuba pamer senyum semata-mata tidak mahu kawannya risau.
“Tapi, kalau awak ada masalah jangan segan bagitahu saya. Saya sedia bantu awak.” Ziddan memandang wajah Eisya penuh prihatin.
“Terima kasih. Sejak kita kenal, saya dah banyak susahkan awak, Ziddan.”
“Saya tak pernah rasa macam tu. Saya ikhlas nak tolong awak sebab saya sayangkan awak, Eisya.”
Eisya terus menatap wajah Ziddan.
“Awak cakap apa ni?”
 Eisya mula rasa tak selesa.
“Saya sayangkan awak Eisya. Saya ikhlas sayangkan awak. Saya percaya awak tahu perasaan saya tapi awak buat-buat tak tahukan!” Ziddan mengeluh perlahan.
Eisya sudah buntu nak bersuara.
Hanis yang menjadi pemerhati juga tak tahu nak cakap apa. Memang dia tahu yang selama ini Ziddan menaruh hati pada Eisya tapi tak pernah pula dia nak berterus-terang macam ni. Hari ni, boleh pula dia luahkan rasa hati. Apa dah jadi?
“Ziddan, saya minta maaf kalau saya terpaksa kecewakan awak.”
 Eisya tunduk.
“Eisya, saya tak nak awak beri jawapan sekarang. Awak simpan aje jawapan awak sehingga satu saat nanti saya akan menuntutnya.” Ujar Ziddan membuatkan Eisya menelan liur.
“Alah, Eisya…tak payahlah nak jual mahal sangat. Ziddan ni dah cukup baik untuk kau sandarkan masa depan kau. Aku yakin korang akan bahagia kalau korang bersama nanti.” Hanis memang menyokong hubungan mereka.
“Hanis, boleh tak kalau kau tak masuk campur hal ni. Buat masa sekarang aku tak nak fikirkan benda lain, aku hanya nak fikirkan soal study dulu. Aku nak habiskan study aku, aku nak kerja, bantu mak aku. Lepas tu baru aku nak fikirkan soal cinta.”
Ziddan diam.
“Baiklah, kalau itu keputusan awak. Saya akur, cuma satu saja yang saya nak awak tahu.” Ziddan menarik nafas seketika.
“Apa dia?”
 Tiba-tiba Eisya rasa berminat nak tahu.
“Saya akan tunggu awak, Eisya!”
Eisya dan Hanis saling berpandangan.
“Suka hati awaklah Ziddan, saya tak ada hak nak halang.”
Eisya mengetap bibir. Dia sendiri tak tahu nak cakap apa agar lelaki itu faham akan kedudukannya sekarang.
Ziddan membelek telefonnya sambil diperhati oleh Hanis.
“Nis, jom. Kelas dah nak mula ni!”
Eisya terus bangkit dari kerusi.
“Eh, awak dah nak pergi ke?”
Ziddan terpingga-pingga bila Eisya sudah bersedia hendak meninggalkan café sedangkan dia belum lagi puas menatap wajah Eisya. Maklumlah, sejak cuti semester, dia tak bersua muka dengan Eisya menyebabkan hidupnya jadi tak ceria.
“Yalah, awak tak ada kelas ke?”
“Ada, jam 2.00 petang nanti!”
“Oh, kalau macam tu saya pergi dulu ya!”
Eisya mula melangkah mendahului Hanis. Tiba-tiba dia rasa kepalanya pening. Matanya dia pejam rapat sektika. Bila dia buka, terasa dirinya berpusing.
“Ya Allah!” Hanya itu yang mampu dia suarakan.
“Eisyaaa….”
 Selepas itu Eisya tak sedar apa yang berlaku seterusnya.


EISYA membuka mata perlahan. Dia sedang berada di atas katil klinik.
“Eisya, kau okey tak ni?” Suara risau Hanis menerjah telinga Eisya.
Eisya cuba bangkit dan Hanis cepat-cepat membantu.
“Syukurlah Cik dah sedar. Nanti saya akan periksa keadaan Cik.”
Seorang doctor muda muncul sebaik sahaja mendapat tahu yang Eisya dah sedar.
“Baiklah doktor!”
Eisya menelan liur sebelum beralih memandang wajah Hanis.
“Cik boleh tunggu kat luar ya,”
 Hanis terpaksa akur. Sementara Eisya pula sudah berdebar tak keruan.
Hanis terus menerpa ke arah Eisya sebaik sahaja Eisya keluar dari bilik pemeriksaan. Zidda juga tidak berkecuali. Wajahnya resah memikirkan keadaan Eisya tadi.
“Awak okey tak ni? Doktor cakap apa?” Ziddan kalut bertanya.
“Saya okey aje. Doktor suruh saya berehat.”
Eisya mengetap bibir. Tak sanggup nak berbalas pandang dengan Ziddan.
“Baiklah, kalau macam tu, awak duduk sini. Saya tolong ambilkan ubat untuk awak ya!” Ziddan terus berlalu.
Eisya dan Hanis saling berpandangan. Eisya menelan liur.
He really take care about you.Takkanlah kau nak lepaskan lelaki sebaik itu.” Hanis memandang wajah pucat Eisya.
“Aku tahu tapi ...” Sekali lagi Eisya mengetap bibir. Sebak dadanya mengenangkan segala kebaikan dan ketulusan hati Ziddan untuk dia tapi mampukah dia menerima lelaki itu!
“Ini ubatnya. Lebih baik awak balik hostel, berehat. Jangan banyak fikir ya. Kalau ada apa-apa awak call saya ye!” Ziddan memberi nasihat.
“Terima kasih!” Eisya mengukir senyum.
Ziddan hanya mampu memandang Eisya pergi bersama Hanis dengan membonceng motor.
“Eisya, Eisya...kalaulah awak faham perasaan saya pada awak!” Ziddan memejam mata seketika.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...